Wanita Terkejut Selepas 7 Tahun PTPTN Baru Bagi Tahu Tunggakan RM 9,484.74


PTPTN You really make me pissed off!

Tiba-tiba dapat email nie, pelik. Sedangkan aku tk pernah missed bayar PTPTN, dan loan masa aku foundation dah lama aku setelkan, cuma loan degree yg aku masih disiplin bayar tiap bulan tanpa missed sampai skrg, dan mungkin sampai umur aku 40 tahun, kalau ikut kontrak. Mana dtg RM9,484.74 nie?

Ini jawapan yang aku dpt drpd adik call-centre.

Aku: Bla bla bla (bg details aku)

Dia: Baik puan, ada apa saya boleh bantu?

Aku: Saya dpt email yg nyatakan saya masih ada tertunggak RM9k. Saya cuma nak pastikan, dr mana amount nie? Sbb kalau ikt statement saya, saya tak penah missed byr sejak 2010, dan statement saya nie hanya tunjuk yang Ujrah saja, yg sblm2 nie masa konvensional saya tak boleh tgk da. Kalau ikut statement nie, saya tak pernah missed bayar setiap bulan sampai hari nie.

Dia: Kalau ikut record puan, amount tertunggak nie sejak tahun 2007 (nie lepas aku grad). Jadi bayaran tertunggak nie di ambil drpd pinjaman degree puan yg tk diselesaikan.

Aku: 2007? Yer saya ada on off bayar, sbb penah menganggur dan bila da keje saya byr on off dgn byr ikut kemampuan memandangkan gaji kecik time tu. Saya mula disiplin bayar bila masuk tahun 2008, sampai saya dpt offer tukar ke pelan Ujrah. Selepas tu, saya teruskan byr setiap bulan, mengikut baki semasa yang saya terima di dalam statement. Jadi saya sentiasa update dgn figure dlm statement saya setiap bln. Tiba2 saya dpt email nie.

Dia: Maaf puan, tunggakan nie amount sebelum tukar ke plan ujrah. Amount tunggakan nie tk dikemaskini kan sekali dlm statement puan selepas ditukar ke ujrah (what tha?!). Jadi jumlah tunggakan nie terbiar mcm tu jek.

Aku: Macam mana boleh mcm tu? Kenapa ptptn tak bgtau saya awal2 masa sy dpt tawaran ujrah, dan ini la amount saya kene setelkan. Kenapa sekarang? Kenapa selepas 7 tahun? Kenapa 2 tahun sebelum tu saya tka dpt warning?

Dia: Maaf puan, saya tak dpt bantu yang tu. Kalau puan nk tgk clear calculation, kena pergi ke kaunter dan puan bole tgk secara details mcm mana tunggakan tu bole jd RM9ribu.

Kepala aku da start panas, jantung dah laju. Ada la lagi explaination budak tu yg lebih kurang sama dan tak perlu aku share. Yang pasti, aku tertekan dgn PTPTN… Kenapa skrg br ko nak bertindak? 9 tahun aku ade bayaran tertunggak yang dah dikenakan interest, yang mati2 aku ingat dah diselaras sekali dlm pelan Ujrah. Kenapa tak diberitahu dulu lagi? Why now?

Tunggakan aku terperap utk 9 tahun, takde sebarang warning, takde sebarang surat menyurat aku terima mengatakan aku perlu buat settlement. Dr amount yg kecil, sampai 9 tahun, tunggakan aku jd RM9ribu. Dan senang crite, aku br dpt email nie hari nie, dan aku cek, Yer, aku dah kena blacklist. Terima kasih PTPTN!

Solution yang PTPTN bagi dekat aku, kalau nak fight, kena naik court. Tapi kalau aku insists nk clear drpd blacklist, nak tak nak, aku kena byr full amount RM9ribu tu sebelum aku terbang. Yer, aku dah nak fly next week. Why now, PTPTN? Adakah ko nampak rekod aku byr secara konsisten, baru sekarang ko cari dan aniaya aku? RM9ribu? Aku tatau lah celah mana nak cari duit sebanyak tu dalam masa seminggu nie. (Tongkat dagu)

Buat teman-teman yg masih ada hutang dgn PTPTN, pergi la check dan clarify, kot korg pon ade hidden amount yg PTPTN tk bgtau yang derg nak biarkan beranak pinak sampai amount jd besar, gamaknya.
loading...