Baru-baru ini menjadi tular di laman sosial di negara Pakistan di mana memapakrna sekeping gambar lembaga seram yang menyerupai pontianak telah muncul secara tiba-tiba di atas bumbung sebuah gereja di Hyderabad.
Memetik laporan The Express Tribune Pakistan, Insiden berkenaan telah menarik perhatian ramai pihak terutamanya kumpulan paranormal selepas gambar seorang perempuan berambut panjang dan gaun berwarna putih dirakamkan jelas ‘bertenggek’ di atap bangunan ibadat penganut Kristian berkenaan.
Tetapi apa yang menarik, kehadiran makhluk berkenaan yang dikenali sebagai churail itu yang sepatutnya membuatkan orang ramai berlari bertempiaran bertukar kepada pesta apabila kehadiran churail bak selebriti apabila orang ramai datang mengambil gambarnya.
Salah seorang netizen bernama Faakhir Mehmood yang juga pemuzik tempatan turut sempat memuat naik foto entiti menakutkan itu pada 8 Mei lalu bagi menggambarkan suasana churail disambut dengan penuh meriah!
“Dapatkah sesiapa mengesahkan susuk lembaga di sini? Ini merupakan foto churail yang turut dirakamkan oleh ramai orang pada tengah malam di Hyderabad,” tulisnya seperti dipetik oleh media Pakistan baru-baru ini.
Churail amat ditakuti penduduk bukan sahaja di Pakistan, bahkan negara jirannya, India yang merujuk hantu itu sebagai churel, manakala di Bangladesh ia digelar petni atau shakchunni yang gemar terbang di antara pokok tinggi.
Media tempatan turut melaporkan kemunculan Churail di gereja berkenaan, mereka juga menyatakan sepatutnya menyaksikan penduduk lari bertempiaran, namun berubah menjadi seumpama pesta sukaria apabila ia dikerumuni bak selebriti.
Salah seorang netizen bernama Faakhir Mehmood yang juga pemuzik tempatan turut sempat memuat naik foto entiti menakutkan itu pada 8 Mei lalu bagi menggambarkan suasana churail disambut dengan penuh meriah!
loading...