Penipu atau scammers datang dalam pelbagai taktik. Namun sepandai-pandai tupai melompat akhirnya kantoi juga menipu. Terbaru, viral di media sosial dan Whatsapp seorang wanita diculik oleh Bangla selepas membuat COD barang kepada pelanggan.
Suami kepada wanita telah membuat laporan polis dan viralkan sendiri di media sosial. Setelah status suami tersebut menjadi perhatian netizen, rupa-rupanya kisah disebalik kejadian 'culik' ini terbongkar.
Ada yang mendakwa ini ialah satu taktik laki bini nak lari dari hutang. Juga terdapat satu rakaman suara meminta tolong ditujukan kepada suami wanita tersebut.
Dalam satu perbualan group whatsapp dikatakan pasangan ini telah meminjam Amanah Ikhriar Malaysia sebanyak RM22 ribu dan harus membayar sebanyak RM1600 setiap minggu namun mereka gagal berbuat demikian.
Pasangan ini juga dikatakan hidup mewah dengan duit pinjaman tersebut.
loading...