Terbaru, dua keping gambar seorang wanita yang sedang menunaikan solat Tarawah sambil bermain telefon di sebuah lokasi yang tidak diketahui telah jadi tular di media sosial.
Gambar yang telah dimuatnaik oleh seorang pengguna Facebook dan kemudiannya menjadi tular dengan cepatnya dan menarik perhatian netizen.
Rata-ratanya mengecam tindakan wanita tersebut yang dilihat seperti sedang mempersendakan agama.
Namun yang peliknya, disebalik yang menghentam, ada pula segelintir netizen yang menyokong tindakan wanita tersebut dan menasihati netizen-netizen lain supaya berfikir secara posif.
Namun, insiden sebegini bukanlah pertama kali terjadi. Sebelum ini, pernah jadi kecoh apabila gambar seorang imam yang sedang menunaikan solat jemaat sambil melihat telefonnya jadi tular suatu ketika dahulu.
Imam itu kemudiannya menjelaskan bahawa beliau terpaksa melihat Al-Quran di dalam telefon bimbitnya itu kerana terlupa surah yang sedang dibaca.
Namun, di dalam insiden yang terbaru ini, tidak dapat dipastikan punca sebenar disebalik tindakan pelik jemaah wanita tersebut.
Akan tetapi, timbul persoalan lain di sebalik gambar wanita ini tentang siapakah yang tertanggungjawab mengambil gambar wanita tersebut kerana berdasarkan kepada gambar-gambar yang telah diambil, kedudukan perakam sepatutnya berada di dalam saf yang sama dengan wanita tersebut.
Jadi adakah perakam juga melakukan perbuatan yang serupa dengan bermain telefon semasa menunaikan solat berjemaah?
loading...