Ayda Jebat, Redza Rosli Tengah Bercinta? (2 Gambar Mesra)


Ayda Jebat yang kini dikaitkan dengan pelakon Redza Rosli mengaku bersikap terbuka jika ditakdirkan menjalin hubungan cinta dengan pemuda itu pada masa akan datang.

Ayda berkata, walaupun pada waktu ini mereka sekadar teman rapat kerana sedang menjalani penggambaran bersama dalam siri Ku Kirim Cinta, dia mengakui selesa berkawan dengan aktor itu.


“Rasanya tak salah jika kami berkawan rapat sebab saya solo dan dia pun solo. Redza lelaki yang baik keperibadiannya dan kebetulan ‘sekepala’ (sama perangai) dengan saya.

“Saya tak berani nak cakap yang kami takkan bercinta langsung. Pada masa akan datang kita tak tahu apa yang akan berlaku. Cuma ketika ini tiada apa yang serius antara kami,” katanya kepada mStar Online.
loading...