Gara-gara Berbaju Jarang, Adik Neelofa Dihencap Berjemaah Di Fanpage Amran Fans

AMEERA Khan, adik kepada pengacara Neelofa sebelum ini pernah menimbulkan kontroversi apabila dikutuk netizen ekoran tindakannya memuat naik satu video yang membezakan sekolah kerajaan dan swasta.

Selepas itu, dia bertindak memohon maaf dan menjelaskan, ianya hanyalah pendapat dirinya.

Terbaharu Ameera sekali lagi mendapat kritikan ramai apabila memuat naik satu gambar dirinya berpakaian jarang meskipun bertudung, ke akaun Instagramnya.

Adik kepada pengacara Neelofa, Ameera Khan.


Perkara tersebut menyebabkan segelintir pengikutnya di laman sosial berasa tidak puas hati.

Namun walaupun dihentam teruk oleh netizen, Ameera hanya berdiam diri dan tidak membuang gambar tersebut dari akaun Instagramnya.

Seperti biasa, jika timbul isu kontroversi seperti ini, akaun parodi Amran Fans akan memberikan komen ‘pedas’ dan sekaligus mendapat perhatian ramai.


Status yang dikeluarkan oleh Amran Fans atau lebih dikenali sebagai Meran itu telah mendapat lebih dari 27 ribu likes dan dikongsi lebih 300 kali.

Walaupun rata-rata dilihat setuju dengan apa yang dikatakan oleh Meran, ada juga yang bertindak menegur tindakannya itu sebagai mengaibkan dan berdosa.


Apabila ditegur kerana mengaibkan, Meran dengan santai telah membalas:


Antara respon lain yang membanjiri pos itu…




Walaupun menerima kutukan, Ameera masih belum memberikan apa-apa jawapan dan memilih untuk mendiamkan diri.
loading...