Pelakon jelita Juliana Sophie Evans baru-baru ini menghabiskan masa melancong bersama sekumpulan rakan di Jogjakarta, Indonesia, dan memuat naik beberapa gambar percutiannya di laman sosial Instagram.
Namun, tidak senang dengan gaun ala dewi purba Yunani yang dipakainya, beberapa peminat melontarkan teguran terhadap beliau hanya kerana berpendapat pakaian itu tidak menutup aurat.
Gambar-gambar beliau yang diambil dua hari lepas dan berlatarkan pemandangan indah ada yang disukai lebih 6,000 peminat, tetapi dalam lebih 100 komen yang dilontarkan, rata-rata risau pakaian beliau kononnya “terlalu seksi”.
“Cantik depan manusia tapi tak cantik depan Allah tak guna juga, dear. Ingat yang anda itu Muslim, dear.
“Harap anda akan ikut jejak artis-artis lain yang berhijrah dan berhijab amin,” tegur seorang pengguna dengan akaun @fyruz22.
“Sebagai orang Islam saya mesti ingatkan awak. Aurat wajib ditutup,” kata pengguna @farah2halim pula.
Pengacara dan model berusia 28 tahun itu berada dalam industri hiburan sejak remaja, dan pernah berehat demi segulung Ijazah Sarjana Muda Komunikasi di Western Michigan University, Amerika Syarikat.
Antara filem lakonannya adalah “Kami The Movie”, “Hantu Bonceng”, dan “Mael Lambong”, serta membintangi iklan Cadbury, Silkygirl, dan Fair & Lovely.
loading...