'Saya Pakai Jubah Pun Orang Kata Seksi' - Maria


Maria Farida menjelaskan, dia sudah lali dengan tanggapan seksi dan juga simbol se-ks. Namun menyatakan bahawa lebih ramai lagi artis wanita yang lain lebih seksi daripada dirinya.

Dalam temubual bersama Berita Harian Plus, Maria berkata tanggapan seksi itu sebenarnya terpulang kepada mata yang menilai.

"Dari dulu sampai sekarang, isu seksi ini memang melekat dengan diri saya. Seksi ini sebenarnya subjektif kepada pandangan mata yang menilai.

"Saya pakai apa pun, tetap dikaitkan dengan isu seksi. Walaupun saya berjubah, berbaju kurung dan sebagainya orang tetap melabelkan saya sebagai seorang yang seksi.

"Jadi, sukar untuk saya menjawab isu seksi ini kerana pada pandangan saya, lebih ramai artis wanita yang lebih seksi daripada saya. Orang dulu-dulu rasanya lebih 'daring' daripada orang sekarang tetapi tidak pula diperkatakan," ujarnya.

Menurut Maria, masyarakat janganlah terlalu awal menghukum dan asyik mencari kesalahan orang sahaja. Maria juga mendedahkan, dia sering mengambil tindakan menyekat mana-mana individu yang melemparkan komen yang biadab dan negatif di laman Instagramnya.
loading...