Buah Dada Terlihat? Netizen Tegur Foto Mesra Fathia Latiff & Baim Wong


Lumrah dalam dunia hiburan bukanlah setakat populariti ataupun glamor sahaja, ia juga mengundang kontroversi dan gosip kerana setiap tindakan mereka akan diperhatikan.

Seperti yang terjadi pada Fathia Latiff sebagai selebriti apabila beliau sekali lagi menjadi mangsa kecaman netizen gara-gara mengenakan pakaian agak seksi dengan tudung yang singkat sehingga menampakkan buah dada.


Kunjungan Fathia ke Jakarta bertemu dengan pelakon popular Baim Wong mendapat reaksi yang baik dari peminat. Ada yang suka lihat mereka berdua bergandingan seperti sepasang kekasih, ada juga yang mempersoalkan cara pemakaian Fathia. Apa pula kes kali ini ya?


Dalam ruangan komen tersebut, netizen menegur baju berkenaan tidak sesuai dengan imej Fathia sebagai wanita muslim berhijab kerana terlihat sebahagian di bawah dada. Malah ada yang menegur dada dan leher masih terdedah walaupun bertudung.


Tetapi komen sebegini hanyalah sekadar teguran buat Fathia. Dia tidak cepat melatah untuk memberi respon dan terima segala kritikan netizen dengan hati terbuka.
loading...