Jangan Abaikan!! Inilah Sebab Anda Perlu Membuang Batu Kecil Pada Tayar


Tayar merupakan bahagian yang paling penting pada setiap kenderaan. Tayar adalah satu-satunya bahagian yang menghubungkan antara kenderaan dan permukaan jalan.

Justeru itu, setiap pemilik kenderaan perlulah memahami asas keselamatan dan pengetahuan mengenai tayar kenderaan mereka. Setiap tayar kenderaan dibekalkan dengan maklumat spesifikasi dan keselamatan pada dinding tayar tersebut.

Contohnya pernah tak anda perasan batu – batu kecil yang melekat di celah – celah tayar. Mungkin ramai yang ambil mudah dan tidak kisah dengan kehadiran batu – batu kecil ni. Tapi tahukah anda sebenarnya batu kecil tersebut boleh membahayakan anda.

Seperti yang sedia maklum, bunga tayar adalah untuk memastikan kereta tidak tergelincir ketika hujan. Tetapi jika ada banyak batu kecil yang terselit di bunga tayar, ia secara tidak langsung mengurangkan cengkaman tayar pada hari hujan.

Selain itu, batu kecil tersebut boleh menyebabkan tayar bocor sekaligus merosakkan rangkaian wayar kimia di dalam tayar dan menyebabkan tayar pancit.Lagi satu sebagai pengguna kenderaan. pernahkan anda ambil tahu berkenaan tayar. Contohnya, seperti tarikh pembuatan, index berat, index kelajuan dan tanda amaran kehausan pada tayar.

Berapa ramai antara kita sedar akan maklumat ini? Jarang sekali kita bertanya perkara-perkara ini kepada penjual tayar ketika kita mahu mengganti tayar kenderaan kita.

Ramai pengguna di Malaysia tidak menyedari akan amaran ini pada tayar dan mereka berpendapat tayar hanya perlu diganti apabila bunganya sudah tiada atau dalam erti kata lain apabila tayar itu sudah botak. Tidakkah mereka sedar bahawa penggunaan tayar sehingga botak sudah melepasi tanda paras amaran dan keadaan ini bakal mengundang bahaya pada mereka.

Tips mengesan kehausan tayar kereta


Untuk pengetahuan semua, apabila tayar sudah melepasi tanda paras amaran kehausan, tayar sudah tidak lagi mampu untuk memberi cengkaman pada setiap perjalanan dan ini boleh menyebabkan kenderaan hilang kawalan ketika memandu.

Pada kenderaan yang menggunakan sistem keselamatan ABS, keadaan tayar yang botak boleh menyebabkan kenderaan akan berhenti dalam jarak yang jauh ketika membuat brek kecemasan.

Kehausan tayar boleh terjadi atas beberapa faktor seperti penjajaran yang tidak betul, kerosakan penyerap hentak, permukaan jalan yang tidak elok/rata, cara pemanduan yang kasar, kerap membrek secara kuat atau pemanduan aggresif yang boleh menyebabkan tayar haus secara tidak sekata.


Bagi tayar yang botak secara sekata pula adalah perkara biasa. Ia bergantung kepada jenis pacuan kenderaan.Kereta pacuan hadapan akan mengalami kehausan tayar hadapan dengan lebih cepat.

Tarikh Pembuatan Tayar

Tarikh pembuatan juga adalah satu elemen yang penting yang perlu dititikberatkan oleh pengguna kenderaan ketika membuat pembelian tayar.

Kebanyakan pengilang tayar yang menghasilkan tayar hanya memberi jaminan ketahanan pada tayar antara 3-4 tahun sahaja.Apabila ia melebihi tempoh yang dibenarkan, ia boleh mengundang bahaya seperti keretakan pada permukaan tayar dan tidak lagi mencengkam di jalan dengan sempurna kerana disebabkan oleh bahan getah yang sudah luput dan mengeras pada tayar.

Jadi berhati-hatilah memilih dan membeli tayar terpakai yang mudah didapati di pasaran.

Bagaimana handak mengetahuinya?


Cuba lihat nombor seperti diatas (*1709*). Ada tanda asterisk pada permulaan dan hujung serial nombor ini (sesetengah tiada tanda asterisk).

2 digit pertama akan memberi tahu kita minggu ke berapa dalam tahun tersebut tayar ini dibuat (Dalam setahun kita ada 52 minggu).

Dua digit terakhir pula mewakili tahun tayar ini dibuat. Oleh itu, jika *1709* ia akan menunjukkan tayar ini dibuat pada minggu ke 17 dalam tahun 2009 iaitu bersamaan bulan April 2009.

Jadi sekirannya jaminan ketahanan pada tayar adalah antara 3-4 tahun, maka anda boleh mengagak atau membuat kiraan bila tarikh luput tayar tersebut.

Contohnya di sini, tayar ini akan luput pada April 2012 atau 2013. Sekiranya anda berjumpa ada kedai yang menjual tayar luar biasa murahnya, anda pastikan tarikh luput tayar tersebut. Mungkin tayar tersebut sudah hampir tarikh luput atau sudah pun luput.

Apa erti kod pada sisi tayar kenderaan kita?

Contoh maklumat pada permukaan sisi tayar: 175/70R13/82H

Lebar permukaan bawah tayar: 175 mm    Lebar permukaan sisi tayar: 70 mm
Jejari: R    Diameter rim: 13 inci    Indeks muatan dan symbol kelajuan: 82H
Indeks muatan 82: Tayar itu boleh menampung muatan 475 kg    Simbol H: Kelajuan maksimum dgn tayar tersebut ialah 210 km/h

Senarai Kod

S – 180 km/j    T – 190 km/j    U – 200 km/j     H – 210 km/j     Z – Melebihi had laju 240 km/j     W – 270 km/j     Y – 300 km/j     ZR – Untuk tayar yang mengatasi kelajuan 270 km/j keatas

Berat Tampung Maksima Tayar

Setiap tayar yang dihasilkan dibekalkan dengan berat maksima yang boleh ditampung oleh setiap tayar. Apabila kenderaan kita melebihi berat tayar yang dibenarkan, ini boleh menyebabkan kenderaan terbabas dan risiko tayar meletup ketika pemanduan adalah tinggi.

Fahami Kelajuan Dibenarkan

Kelajuan setiap tayar adalah berbeza mengikut spesifikasi masing-masing dan adalah dinasihatkan kepada para pengguna kenderaan untuk memahami dahulu kelajuan yang dibenarkan oleh pengilang pada setiap tayar mereka.

Amat penting sekali mamahami kelajuan tayar kenderaan anda bagi mengelakkan sebarang kegelinciran tayar pada kelajuan yang melebihi spesifikasi yang dibenarkan dan keadaan ini boleh menyebabkan kenderaan anda hilang kawalan.

Sumber: Iswadykamas
loading...