Hina Mahathir Keturunan Mamak Dari Karala, Ini Respon Kongres India Muslim Malaysia (KIMMA) Terhadap Zahid Hamidi

Kongres India Muslim Malaysia (KIMMA) digesa menyatakan reaksinya ekoran tindakan pemangku Timbalan Presiden Umno, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi semalam memperlekeh keturunan Tun Dr Mahathir Mohamad.


Peguam Zulhazmi Shariff (Gambar bawah) berkata, tindakan Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Dalam Negeri itu mendedahkan Mahathir adalah anak lelaki Iskandar Kutty menggambarkan sikap rasis dalam Umno.

Zulhazmi Shariff"Unsur perkauman sempit seperti ini sudah berakar umbi dalam Umno yang sukar dibuang. Itulah Umno. Apa komen dan pandangan Kongres India Muslim Malaysia (KIMMA)?

"Jika Tun Dr Mahathir yang disokong dibela dulu pun Zahid boleh hina sedemikian, di mana agaknya taraf dan kedudukan ahli-ahli KIMMA pada Zahid dan kerajaannya?

"Adakah mereka boleh menerima sindiran Zahid?" soal Zulhazmi merujuk kepada tindakan Zahid yang mendakwa Mahathir adalah keturunan India yang hanya memperalat Melayu ketika merasmikan penutup Mesyuarat Agung Umno Bahagian Kelana Jaya.

KIMMA yang ditubuhkan pada 1976 didaftarkan sebagai parti politik yang menyuarakan kepentingan masyarakat India Muslim dalam semua bidang.

Mempunyai 12 buah pejabat di 12 buah negeri di seluruh negara, KIMMA turut secara terbuka membantu jentera BN untuk berkempen dalam pilihan raya termasuk pada Pilihan Raya Kecil Parlimen Sungai Besar tahun lalu.

Mengulas lanjut, Zulhazmi mempersoal tindakan Zahid ketika Presiden Umno, Najib Razak pada 18 Julai lalu memberitahu kerajaan sedia mengkaji secara mendalam tuntutan supaya masyarakat India Muslim diberi status Bumiputera.

Najib pada majlis Hari Raya dihadiri masyarakat India Muslim di Seri Kembangan, Selangor berkata, pihaknya menerima India Muslim sebagai Bumiputera dan akan mengkaji pemberian status itu sama ada pentadbiran atau pewartaan.

"Apa tujuan Zahid? Adakah Zahid hendak katakan keturunan India tidak baik yang suka mempermainkan orang lain demi kepentingan tertentu?

"Baru-baru ini, Perdana Menteri mengiktiraf keturunan India Muslim sebagai bumiputera sehingga Presiden MCA melompat," bidasnya lagi dipetik dari status Facebook beliau.
loading...