Ramai yang nak tau kan apa rahsia Ozlyn nie maintain jer kurus. Apabila kita lihat foto nie kita dapati pelakon jelita Ozlyn yang juga merupakan isteri kepada Johan Raja Lawak terkenal nie memang maintain kurus dan bertambah cantik. Apa rahsia Ozlyn nie yer???
Antara sebab utamanya ialah Ozlyn sentiasa mengamalkan minuman air akar kayu ketika berpantang. Yang lebih memeranjatkan lagi ialah Ozlyn telah berjaya mengurangkan berat badannya ke bentuk asalnya dahulu iaitu 55 kilogram hanya dalam masa dua bulan.
Pergghhh ramai yang teruja nak tau apa rahsia nie kan? Pasti ramai gadis di luar sana yang mengimpikan bentuk tubuh badan secantik Ozlyn. Tak gitu?
Walaupun usia umur Ozlyn kini telah mencecah 34 tahun, beliau nampaknya semakin cantik dan kurus kerana hampir setiap hari Ozlyn akan mengambil segelas air herba. Beliau mengamalkannya hanya pada waktu pagi walaupun telah habis tempoh berpantang selama 44 hari.
Ozlyn akui walaupun pada mulanya agak kurang selera, loya dengan bau air akar kayu tersebut yang agak piau namun lama kelamaan dirinya sudah terbiasa dan berjaya mengurangkan berat badan ke tahap yang memuaskan.
Ozlyn yang berjaya mengurangkan berat badan mengakui kebaikan mengamalkan pengambilan air akar kayu turut menghilangkan selulit yang terdapat pada badannya selepas bersalin dan membantu proses penghadaman selain membuatkan dirinya lebih bertenaga ketika melakukan aktiviti seharian.
Ozlyn juga berkata belum masanya lagi untuk beliau kembali aktif dalam bidang seni kerana tanggungjawabnya sebagai seorang ibu terhadap anak-anaknya. Namun beliau mungkin tidak akan menolak sebarang tawaran berlakon sekiranya ia tidak melibatkan waktu penggambaran yang terlalu panjang.
Memang sepatutnya wanita di luar sana mengikuti cara-cara dan rutin Ozlyn nie kalau nak kekal cantik dan kurus dan langsing seperti nya. Air akar kayu nie memang banyak kebaikannya untuk dalaman wanita, Antara kebaikannya ialah boleh cantik, boleh kurus dan mantappp.
loading...