Ahli Parlimen Bukit Bendera Zairil Khir Johari terus dilanda kontroversi lagi apabila dikatakan berpelukan dalam kelab malam dengan seorang perempuan yang berkemungkinan bukan isteri beliau.
Namun beliau menafikan bahawa dia adalah orang yang dilihat dalam video yang menampilkan lelaki muda menari di kelab.
“Ia bukan saya, ia benar-benar tidak masuk akal. Ada cerita mengenai saya setiap hari. Ia tidak pernah berakhir,” kata Ahli Parlimen Bukit Bendera Zairil Khir Johari.
Video itu, yang viral, memaparkan seorang pemuda yang berpakaian T-shirt di kelab malam, manakala wanita yang tidak dikenali menari rapat dengan beliau.
Bagaimanapun, lelaki itu dilihat “cool” sahaja sepanjang video 15 saat tersebut. Setakat ini, tidak dapat dipastikan sama lelaki itu berkahwin dengan wanita di dalam video, atau di mana dan bila rakaman itu diambil.
Memang mudah untuk salah sangka memandang lelaki tersebut terlalu mirip Zairil. Walaupun apa pun, diharap penjelasan Zairil tersebut dapat menjawab persoalan yang sedang hangat diperkatakan.
loading...