‘Perselisihan berlaku kerana saya terlalu emosi’ - Diana Danielle


Sebelum ini hangat kisah Diana Danielle yang pernah dikatakan rumah tangganya dengan Farid Kamil berdepan krisis; melalui satu portal media tempatan Diana enggan lagi berkongsi hal tersebut.

Menurut ibu kepada dua orang cahaya mata ini, kemelut rumah tangga antara dia dan suami biarlah mereka saja yang tahu. Sebaliknya peminat dan orang luar tidak perlu tahu.

"Itu bukan masalah peminat untuk tahu, mereka tidak perlu tahu. Kadangkala perselisihan berlaku kerana saya terlalu emosi," katanya.

Terdahulu Diana tampil ke mahkamah syariah adalah bertujuan untuk mendapatkan khidmat nasihat sahaja.

Untuk rekod, aktres dan aktor tersebut telah disatukan pada empat tahun yang lalu dan dikurniakan dua orang zuriat lelaki dan perempuan.

#sumber projek MMO
loading...