FOTO Fara Mendoza Berbikini di Pulau Koh Lipe



Pelakon, Fara Mendoza sekali lagi menjadi perhatian netizen gara-gara berbikini di lokasi percutian Koh Lipe, Thailand, baru-baru ini. Namun, Fara tidak kisah dengan kritikan yang diterimanya kerana menganggap segala aktiviti dilakukan mahupun foto yang dikongsi di laman sosial adalah dirinya yang sebenar.

"Saya hanya mahu menjadi diri sendiri tanpa perlu bersikap hipokrit dengan sesiapa pun. Saya pula bercuti ke pulau bersama beberapa rakan perempuan saya, bukannya lelaki. Semestinya saya akan memakai pakaian renang, sesuai dengan suasana dan sekitar tempat kami bercuti," katanya kepada media.

Fara memuat naik beberapa gambar percutiannya di Koh Lipe bersama rakan-rakan baik di Instagram. Akibatnya, beliau menerima kecaman di beberapa blog hiburan gara-gara pemakaiannya yang seksi. Susulan itu, Fara memohon maaf kepada mana-mana pihak yang kurang senang dengan penampilannya yang sebegitu, namun beliau tidak mahu mengubah imej diri hanya kerana kritikan diterima daripada netizen.

Pada masa sama, Fara menegaskan beliau memuat naik gambar berkenaan bukan untuk meraih publisiti.
"Inilah kehidupan peribadi saya. Maafkan saya jika ada pihak yang kurang senang dengan imej saya begitu. Cuma apa yang ingin ditegaskan, saya bukannya mahu menunjuk-nunjuk kepada umum untuk mendapat publisiti murahan," tegasnya.

Pendapat peribadi dari budak, memang pelik melihat gaya dan lagak artis Malaysia. Bila dah buat itu ini, mulalah nak bagi jawapan selamat "jadi diri sendiri" "biarlah ia antara saya dengan Tuhan" "terpulanglah kepada orang lain nak cakap apa" dan macam-macam lagi jawapan. Saja nak cakap.




loading...