Sudah bertahun lamanya pelakon cantik Leuniey Natasha sudah tidak muncul lagi menghiasi drama di kaca televisyen.
Sekarang ini, dia fokus dalam bidang perniagaan dan sentiasa aktif mempromosikan produk kecantikan jenamanya sendiri iaitu Kaylena Beaute.
Namun, baru-baru ini isteri kepada pemain bola sepak, Khairul Fahmi Che Mat ini menjadi perhatian kerana gambar dan video yang dimuat naik di laman Instagramnya.
Pengikutnya di media sosial mengecam tindakannya yang sering mempamerkan rambut walaupun sudah bertudung.
Video-video tutorialnya mengajar cara memakai serban dikatakan jelas tidak menjaga aurat dan mengabaikan ciri-ciri seorang wanita yang bertudung.
Leuniey juga dikatakan melenting dengan teguran dari peminat dengan mengatakan suaminya suka dan tidak pernah menghalangnya dari berbuat demikian.
Ada juga netizen yang mengandaikan personaliti ini bakal buka tudung seperti artis sebelum ini juga. Bagaimana pendapat anda?
sumber: mforum
loading...