Jika diperhatikan di laman sosial tak kira facebook, Instagram dan sebagainya, seringkali kita lihat, dan disajikan dengan gambar-gambar yang diupload oleh pengguna-pengguna laman sosial.
Trend selfie kini semakin popular dalam kalangan masyarakat tak kira umur. Terutama sekali dalam kalangan wanita yang lebih gemari aktiviti ini.
Cerita ini telah dikongsi menerusi satu sumber yang mungkin ingin menyuarakan pendapatnya dengan situasi yang berlaku hari ini. Apa yang disampaikan ada benarnya. Mohon sentap lah yer?!
Salam semua. Aku tak paham apa motif dan penyebab utama kenapa awek-awek yang bajet hot lah kan yang suka amik gambar secara sendirian berhad then upload kat fb. Bagi orang tengok. Lagi-lagi amik sendiri kat dalam bilik. Pakai cam haram. Nampak itu ini. Gunung-ganang dan lurah dendam berahi semua. Untuk apa sebenarnya? Untuk siapa? Kenapa?. Nak tunjuk kat orang yang dia cantik ke ape? Nak mintak orang puji ke? Nak tengok berapa ramai orang komen gambar bajet comel dia ke?. Atau awek tue seronok bila kene puji-pujian lah ape lah. Pastu plak ushar bape ramai plak yang like gambar bajet hot dan hit tersebut. Pehhh harem benar gayenye.
Aku masih tertanya-tanya kenapa amik gambar camtu?. Posing dengan muka dah habis cute. Senyum dah macam kambing. Tak pun buat buat mulut itik. Bajet kiut lettew !!!. Pastu bila dah upload gambar-gambar sebegitu, orang akan komen cakap,, “hiii comel lah awak nih”. Mula lah suka. Tapi pandai plak nak hipokrit. Bajet habis laa. Cakap, “ishhh mane ade. Tak comel pon comot ade lah”. Pehhh bapak poyo giler. Gedik geduk hak tuuuiii. Sumpah tak bleh blah.
Aku cakap berdasarkan apa yang aku dah perhatikan. Kalau takat hanya satu atau dua kejadian aje, aku tak kecoh macam nie, masalahnya aku dah tengok banyak kejadian sudah. Terlampau banyak. Sampai naik nyampah. Nanti kalau ada orang yang tak bertanggungjawab mula curi-curi gambar korang kang, letak dalam web gadis comel ke gadis tudung ke, mula korang nak memberontak. Nak marah tak tentu pasal. Tapi, siapa dulu yang cari pasal?. Sekarang, siapa yang bodoh? Haha..
Sampai sekarang aku masih lagi tak dapat tangkap, apa motif awek-awek suka sangat camwhore sendiri. Untuk masa depan ke? Untuk janakan saham sendiri ke? Menaikkan mutu kestabilan negara ke? Apa pendapat korang agaknya???
Amacam? sentap tak yang membaca? Pada yang perasan diri tu bajet hot sudah-sudah ler mengupload gambar yang tak sepatutnya. Tayang, dedah sana sini. Untuk apa?? Sedar tak sedar ada bahaya yang menanti. Fikir-fikirkanlah!
loading...