Pelakon Nora Danish sebelum ini telah memberitahu akan mengadakan majlis untuk perkahwinannya dengan Nedim Nazri secara kecil-kecil. Majlis itu hanya dibuat sekadar akad nikah di rumah sahaja.
Nora atau Nora Danish Mohd Hanif,36, berkata dia tidak akan membuat sidang media untuk mengumumkan tarikh perkahwinan mereka. Tetapi, Nora mendedahkan akan menamatkan gelaran jandanya itu pada tahun ini.
Tidak dapat dipastikan bila Nora akan mendirikan rumahtangga, Nora kini dilihat telah terbang ke tanah suci Mekah untuk menunaikan umrah.
Malah, Nora juga bukan sahaja pergi ke sana seorang diri tetapi telah ditemani oleh ahli keluarga. Sepanjang berada di Mekah Nora juga sedang sibuk membuat penggambaran untuk filem ‘Bukan Cinta Malaikat’ arahan Aziz M Osman.
Nora dikatakan pergi menunaikan umrah sambil mengadakan penggambaran filemnya bersama pelakon-pelakon lain.
Namun begitu, beberapa keping gambar Nora telah menggaya tudung agak singkat sehingga menampakkan bahagian dadanya semasa di tanah suci Mekah mendapat kritikan pengguna sosial.
Ramai pengguna sosial menganggap penggayaan Nora itu tidak sopan dan perlu menutup aurat dengan lebih sempurna.
“ Pakai jubah tapi tudung masih lagi boleh nampak bonjolan di dada. Cuba pakai tudung yang labuh sikit,” tulis pengguna sosial.
Terdahulu, pelakon Sharifah Sakinah dan Rozita Che Wan juga pernah dikecam oleh pengguna sosial semasa selebriti ini telah menunaikan iadah umrah di Mekah.
loading...