Nak Kenali Sifat Lelaki? Perhatikan Dengan 6 Gaya Mereka Makan


Susah untuk wanita menjangka apa yang tesirat dalam fikiran seorang lelaki apatah lagi untuk mengenal personaliti diri  orang  lelaki. Tapi jangan risau anda boleh perhatikan mereka melalui gaya mereka makan. Abang ni je yang macam mana ya anda agak? Hehe.

1. Makan dengan tenang
Lelaki yang menyuap makanan dengan penuh berhati-hati & dengan gaya sopan santun. Ini sifat disebaliknya adalah dia seorang yang tegas dalam membuat keputusan & jangan ragui soal kesetiaannya dalam hubungan. Hanya kamu dihatinya.

2. Makan sambil membelek makanan
Lelaki jenis ini makan dengan penuh ketelitian. Contohnya, kalau makan ikan, tulang ikan itu siap disusun di tepi pinggan.. Kalau tak suka sayur, dia sanggup cari dan asingkan dulu sayur di tepi pinggan, jangan risau! Lelaki seperti ini sifatnya amat prihatin dalam setiap perkara yang dilakukan..Kalau dalam soal hubungan, dia memang serius

3. Serius ketika makan
Lelaki jenis ini gaya makannya serius sahaja. Tidak terlalu cepat, tidak terlalu lambat.. Sesekali dia akan berbual ketika makan, tetapi tidaklah kerap sangat. Kalau makan dengan pasangannya, si dia adakalanya asyik memerhati pasangannya. Ini bermaksud si dia amat sayang terhadap pasangannya dan tidak mahu pasangannya hilang walaupun seminit pun. Memiliki sifat pelindung yang kuat.

4. Makan sambil berbual
Lelaki jenis ini memang suka berbual ketika sedang makan, sampai nasi di pinggan pun tak luak. Ini menggambarkan si dia seorang yang ceria & susah nak marah. Selain itu, dia juga gemar berterus-terang terutama dalam soal perhubungan. Tapi awas! Jangan buat si dia marah.. Anda mungkin tak mahu melihat bom meletup!

5. Makan sambil melihat jam
Lelaki jenis ini selalu sahaja ingin cepat walaupun masa masih panjang & tiada perkara yang ingin dikejarkan. Jelas menunjukkan bahawa si dia amat menitikberatkan soal masa dan displin dalam kehidupan sehariannya. Jangan salah paham ya!

6. Makan sambil merungut
Lelaki jenis ini bila makan ada je yang tak kena. Makanan tak sedaplah, kurang garamlah, tak cukup manis la dan lain-lain kadang kala boleh rasa menyampah mendengarnya.. Lelaki jenis ini adalah mereka yang suka berterus terang.. Apa sahaja yang dirasakan tidak puas hati, akan diluahkannya.. Tak perlu nak simpan-simpan.. Tapi disebalik sikapnya itu, si dia mempunyai sifat seorang yang memang caring.. Awas! Dalam soal hubungan, dia memang kuat cemburu. Jangan sesekali cuba nak pandang orang lain.. Silap hari bulan, tak pasal-pasal kamu kena sembur!

sumber: abangterlajaklaris
loading...