Bunga yang mirip wajah Darth Vader itu tumbuh di Kyoto Botanical Garden. Sekilas bentuk kelopak bunganya mirip dengan penjahat yang muncul di filem "Star Wars: Episode I - The Phantom Menace" itu atau tengkorak dengan soket mata nampak jelas. Bunga itu sendiri mempunyai nama Aristolochia salvador platensis dan biasa tumbuh di persekitaran iklim lembab.
Berasal dari Brazil, bunga unik ini dibawa ke Kyoto pada Mac 2001 oleh Universiti Setsunan di Osaka. Bunga ini mempunyai saiz 5 cm dan aromanya seperti daging busuk untuk menarik mangsa serangga.
Malangnya, Darth Vader versi tanaman ini masa mekarnya tidak lama yakni hanya seminggu. Namun di habitat asalnya, salvador platensis biasa tumbuh antara April hingga Jun. - zamrispoon
loading...