Sharifah Sakinah Kongsi Gambar Mesra, Peminat Yang Panas


Gara-gara berkongsi bergambar bercumbu dengan suami di akaun Instagram miliknya, Sharifah Sakinah dikecam sesetengah peminatnya kerana mempamerkan gambar tersebut namun dalam masa yang sama ada yang menyokong tindakannya itu.

Peminat Bergaduh Bila Sharifah Sakinah Cium Suami Sendiri - ROTIKAYA_in

Ada peminat yang menyifatkan gambar mesra Sakinah dan juga suami bercium mulut sebagai sesuatu yang tidak perlu dipamerkan di khalayak ramai, bak kata orang, simpan di rumah sajalah. Bagaimanapun ada juga yang menyifatkan perkara itu romantik dan tidak salah kerana mereka sudah sah suami isteri.

Sebelum ini, isu Johan mencium isterinya ketika menerima anugerah sekitar tahun ini juga turut menjadi perhatian peminat yang mewujudkan perbalahan antara dua pihak – hanya di laman sosial.
loading...