Aliff Aziz & 5 Kes Cetus Kontroversi Dalam Dunia Hiburan

Dunia hiburan sering menjadi perhatian media dan masyarakat nampaknya gemar mengikuti setiap intipati kontroversi yang membabitkan artis kesayangan mereka. Itulah yang dinamakan publisiti. Artis yang hari ini terkenal dan laris membintangi berbagai drama atau filem, setahun kemudian boleh sahaja namanya tiba-tiba hilang ditelan bumi.

Seperti tahun-tahun sebelumnya, nama Aliff Aziz bukanlah asing dalam dunia yang seringkali mencetuskan kontroversi panas. Kali ini melibatkan masalah rumahtangganya angkara ketiga iaitu pelakon muda Afifah Nasir. Namun tahukah anda, bukan sekali Aliff Aziz pernah mencetuskan kontroversi dalam dunia hiburan. Berikut antara kes-kes yang melibatkan bintang dari Singapura ini sekaligus mendapat perhatian media.

2012: Dakwaan Aliff Aziz Menipu Zarina Anjoulie


Zarina mendakwa Aliff telah menipunya dan meminta penyanyi Singapura itu meminta maaf atas kesilapan yang dilakukan menerusi akaun Twitter miliknya.

Dalam laporan Mstar, Pelakon itu turut menghantar entri melalui Twitter Aliff dengan memperkatakan mengenai video kelakuan penyanyi muda itu yang sedang mabuk.

2014: Kes Tumbuk Pekerja Hotel


Aliff Aziz kecoh lagi dengan kes pergaduhannya sehingga didatangi pihak polis di sebuah hotel penginapannya sewaktu majlis Anugerah Industri Muzik ke 21 yang berlangsung di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) baru-baru ini.

Menurut Mstar, Aliff Aziz mengakui dakwaan itu dan menurutnya perkara itu terjadi tanpa dia sedar. Aliff memberitahu yang dirinya disampuk sehingga tidak sedar apa yag berlaku kepadanya.

2015: Aliff Aziz Berhutang


Nampaknya gayanya Aliff Aziz memang sentiasa ‘terikat’ dengan kontroversi. Aliff pernah dikatakan berhutang dengan pengurus artis yang pernah rapat dan banyak membantunya satu ketika dulu.

Dalam laporan Harian Metro, Aliff dikatakan hampir dua tahun lalu dia ada meminjam wang daripada pengurus artis berkenaan yang menjadi tempatnya berkongsi banyak cerita. Kononnya pelakon dan penyanyi kelahiran Kota Singa ini terdesak mahu beli baju untuk penggambaran drama. Ketika itu dia tiada duit lalu memujuk pengurus artis berkenaan meminjamkannya duit.

Menurut pengurus artis itu, Aliff berjanji akan membayar hutang berkenaan selepas penggambaran selesai. Macam-macam keluhan diluahkan Aliff ketika itu sehingga pengurus artis terbabit rasa simpati dan sudi meminjamkan duit. Aliff mengaku pada waktu itu dia ada masalah kewangan.

2017: Aliff Aziz Didakwa Bergelut Dengan Isteri Ketika Dalam Pantang

Aliff didakwa telah menyerang isterinya, Dayang Nurnabellah Awang Astillah pada minggu lepas dan kini dilaporkan pasangan ini sudah pun berdamai.


Aliff dibebaskan dengan jaminan polis pada hari Sabtu selepas ditahan pada hari Jumaat di bawah Seksyen 323 Kanun Keseksaan dan Seksyen 18 (A) Akta Keganasan Rumah Tangga 1994.

Walaubagaimanapun dia memohon maaf atas pertengkaran itu di mana isterinya baru sahaja melahirkan anak pertama berusia 20 hari. Isterinya pergi ke pusat karaoke di Cheras dan pelakon muda Afifah Nasir bersama suaminya.

Apa-apa pun, sebagai peminat janganlah terus menyalahkan dan menuding jari mana-mana individu tanpa bukti yang sahih. Kadang-kadang artis harus melakukan strategi tertentu agar kewujudannya terjaga. Salah satunya yang sering dijumpai adalah mencari sensasi. Setuju tak?
loading...