Nasib Baik Saya Chek Pembalut Sebelum Pakai Kalau Tak Tentu Lebih Ngeri.!


Nasib baik saya chek kalau tak dah tentu binatang itu masuk dalam alat sulit saya, kata Nuri Hagie menceritakan pengalaman ngeri apabila menemui binatang sejenis lipan dalam pembalut tuala wanita yang baru dia beli.

Gadis yang baru meningkat dewasa ini mengkongsikan kisahnya dilaman media sosial untuk mengingatkan kepada orang ramai khususnya kaum wanita agar lebih berhati-hati memilih pembalut wanita.

Dalam posting tersebut beliau tidak mendedahkan jenama tuala wanita tersebut, namun katanya rakannya juga pernah mengalami hal yang sama beberapa hari lalu.

“Ketika saya hendak pakai, saya teringat tentang cerita rakan kemudian saya chek dan saya mendapati terdapat sejenis binatang lipan kecil merayap di atas pembalut”

“Pembalut ini baru saya beli dan masih baru, saya tidak mahu mendedahkan jenama apa, tapi saya harap kepada wanita di luar sana agar lebih berhati-hati”katanya.

Jadilah pembeli dan pemakai yang cermat, jangan sampai barang atau produk yang dibeli memberikan kemudaratan kepada kita, saya tak dapat bayangkan jika binatang itu masuk ke dalam bahagian sulit, tentu itu akan lebih mengerikan, tambahnya.
loading...