Uqasha Senrose Dituduh Menggatal Dengan Shah Iskandar


Tuah menjadi cantik, sudah pasti ramai yang mahu mendekati Uqasha Senrose.


Kalau sebelumnya pelakon drama Syurgaku Tak Sempurna ini pernah dikaitkan dengan Pekin Ibrahim, Hafidz Roshdi, Syafiq Kyle, Iqram Dinzly, sekarang tengah hangat diperkatakan dia bercinta dengan pelakon Shah Iskandar pula.



Baru-baru ini semasa menghadiri satu program, Uqasha kelihatan begitu mesra sekali dengan Shah. Menurut sumber, bukan sahaja jalan beriringan, malahan mereka dilihat berpegangan tangan di dalam majlis tersebut.

Wah, patutlah peminat tak senang duduk bila melihat aksi mereka berdua. Tambahan pula, Shah sudah berstatus suami orang dan telah bernikah dengan wanita yang dikenali sebagai Siti Sarah pada tahun lepas.


Disebabkan itu, Uqasha dilabel sebagai perempuan gatal, namun ramai juga yang menyalahkan Shah kerana seolah-olah tidak menjaga hati isterinya.

Apa sebenarnya hubungan mereka berdua? Boleh jadi sekadar berkawan rapat. Maklumlah, sekarang ini kawan pun sudah main suap-suap makanan kan?


Apa-apa pun kita tunggu sahaja penjelasan dari mereka berdua.
loading...