ROTAN PELAJAR.. Surat Terbuka Seorang Guru Kepada YASMIN HANI Yang MENGEJUTKAN !!!


Sebelum ini, Yasmin Hani mengeluarkan kenyataan di mana tindakan guru merotan anak murid sudah tidak relevan. Namun, tampil seorang guru mendakwa kenyataan selebriti itu sedikit sebanyak telah mengguris hati warga pendidik. Maka diwarkah sebuah surat terbuka untuk Yasmin Hani.

Dear Yasmin Hani,

Firstly, thank you kerana memberi tips dan idea kepada guru how to handle kids nowadays. but let me tell you something dear, bidang ini bukan bidang anda. anda cuma menjadi mata dan telinga kepada kami. namun bukan menjadi kaki tangan hidung siku lutut seorang guru.

Sekiranya anda tidak boleh membantu kami dalam urusan di kerjaya kami, maka janganlah mengguris hati kami dengan kata-kata anda. bukan saya menyokong tindakan guru merotan, namun saya yakin dan percaya, hanya kami yang berada di bidang ini tahu apa yang terbaik untuk murid.

Kami tidak bodoh untuk asyik menghukum dan memarahi anak murid. kerana jauh di sudut hati, marah itu kerana kami sayang. mungkin anda dibesarkan dengan cara barat sehinggakan saya lihat kehidupan anda sekarang juga seperti itu, tapi kami hidup cara timur, caranya pun kena seperti itu.

Saya juga tahu sekiranya saya seorang guru menegur anda di bidang anda secara terbuka, mungkin apa yang kami rasa sama seperti apa yang anda akan rasa. sesungguhnya, saya harap sekiranya kami diberi peluang untuk menegur anda dan memberikan tips dan idea how to be an IDEAL Malaysian artist, pasti anda juga mengeluarkan kata-kata “you are not in my shoes, not even in my world”

Sebelum menegur urusan kami, alangkah lebih baik anda mengurus diri anda dulu yang tidak cukup kain berpakaian, yang mungkin menjejaskan akhlak anak anda sendiri. sesungguhnya seorang murid yang baik itu adalah hasil didikan ibu dan bapa mereka. dan apa saja perbuatan dan sifat mereka di sekolah, adalah kerana apa yang mereka lalui di rumah.


Tugas kami mendidik. namun yang membantu kami menjadikan seorang murid itu manusia adalah ibu bapa ataupun paling kurang penjaga mereka. semoga kita saling menghormati dan tidak mengguris hati dengan kata-kata kerana saya yakin anda dan saya mahukan perkara yang terbaik untuk anak dan setiap murid di dunia ini.

Saya mohon maaf sekiranya kata-kata saya menyinggung perasaan anda tapi saya juga menjadi wakil kepada hampir semua guru di Malaysia yang sedikit terasa dengan kata kata Puan

Assalamualaikum dan Salam Perpaduan

Sincerely,

Guru XYZ
________________________________________________
Ada benarnya apa yang dikatakan oleh guru XYZ ini. Sebelum menyentuh profession orang lain, adalah lebih baik mencerminkan diri sendiri terlebih dahulu.
Masing-masing mempunyai kepakaran dalam bidang yang diceburi. Jadi usahlah memandai-mandai menegur perkara yang tidak sepatutnya ditegur. By the way, tak mati murid kena rotan. Cuma mati bila ibu bapa terlalu memanjakan anak-anak mereka. KREDIT THEHYPEMEDIA.
loading...